Lori tangki LPG bocor, PLUS tutup laluan di Tapah
Lebuhraya Utara-Selatan antara Tapah-Gopeng ditutup kedua-dua hala sejak tengah hari tadi susulan kebocoran pada tangki muatan gas sebuah lori tangki, menurut jurucakap Pusat Trafik PLUS.
Beliau berkata ia ditutup bagi memberi laluan kepada kerja membaik pulih kebocoran pada tangki itu yang disertai pasukan bomba bersama-sama kakitangan PLUS.
"Laluan itu dijangka dibuka semula lewat petang ini selepas kerja yang dijalankan itu selesai," katanya ketika dihubungi Bernama
Pengguna lebuh raya dinasihat menggunakan laluan alternatif untuk ke destinasi masing-masing.
Jurucakap itu berkata anggota polis turut mengawal lalu lintas di lokasi kejadian.
Sementara itu, setakat pukul tiga petang ini, kerja-kerja pembersihan LPG dilaporkan masih dijalankan dan dijangka berakhir dua jam lagi.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.