Exco kerajaan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerajaan persekutuan pilih kasih kerana menghalang musuh politiknya memasuki sekolah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Malah, kata Nik Nazmi ( gambar ), Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sendiri turut menjadi mangsanya.

"Wakil rakyat, menteri besar dan saya selaku exco tidak dapat masuk ke sekolah-sekolah kerajaan. Sekolah rendah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan semua tak dapat masuk. Malah ke universiti juga kita tak dapat masuk.

"Ini secara jelas pilih kasih. Dasar halangan yang diamalkan kerajaan persekutuan ini jelas membuktikan demokrasi kian terhakis, mereka tidak profesional.

"Kita bukan masuk nak berkempen politik tapi untuk berwacana dan berbincang dengan pelajar, itu saja," katanya dalam sidang media di lobi bangunan Annex, Shah Alam hari ini.