'Saya macai Malaysia, tak boleh dibeli'
Keadaan serba tidak kena buat pendebat terbaik Asia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam menyuarakan pandangannya berkaitan isu semasa.
Mahasiswa undang-undang itu berkata, apabila mengkritik kerajaan beliau digelar “macai pembangkang” dan bila mengkritik pembangkang berdepan gelaran “macai BN” pula.
“Saya bukan macai mana-mana parti politik. Jika ada pun, saya 'macai rakyat Malaysia'.
“Tiada sesiapa boleh beli jiwa saya,” katanya di Facebook, yang turut memperkenalkan hashtag baru âŞ#SayaMacaiMalaysiaâŹ.
Katanya tiada parti politik yang sempurna dan tiada parti politik yang patut terlepas daripada penelitian awam.
“Mari kita berhenti kotak-kotakkan rakyat Malaysia.
“Marilah berhenti golongkan sewenang-wenangnya seseorang dalam sebuah kota politik, kecuali kotak-kotak itu memberi manfaat kepada semua,” katanya.
Syed, pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), semalam mengkritik sikap DAP dalam isu cabaran debatnya dengan presiden 1MDB Arul Kanda Kandsamy.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.