Tiada kod etika pakaian khusus untuk orang awam yang berurusan dengan pejabat kerajaan, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Bagaimanapun, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, orang awam boleh memakai pakaian yang sesuai selari dengan adat dan nilai ketimuran ketika berurusan.
“Bagaimanapun, kerajaan tetap memberi layanan kepada orang awam yang memakai pakaian kurang sesuai,” katanya dalam jawapan bertulis di parlimen.
Azalina menjawab soalan Dr Makin Mojigoh (Putatan) yang tahu sama ada kerajaan menetapkan kod etika pakaian bagi orang awam yang berurusan dengan jabatan dan agensinya.
Beliau juga mahu tahu berhubung tindakan yang akan diambil jika kod etika itu gagal dipatuhi, selain penerimaan rakyat terhadap perkara itu.
