Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mengalu-alukan peningkatan cukai eksais produk tembakau, sehingga membuatkan harga rokok melambung tinggi.
Timbalan presidennya Mohd Yusof Abdul Rahman berkata kenaikan drastik sehingga RM3.20 sekotak boleh mengurangkan penggunaan harian perokok, lapor Utusan Malaysia .
Bagaimanapun, katanya, perokok tegar akan terus mengamalkan aktiviti itu dan tidak akan beralih kepada alternatif lain.
“Perokok tegar tetap akan terus merokok dan tidak beralih kepada rokok elektronik atau vape akibat kenaikan harga rokok.
“Namun, mereka akan terus merokok dengan mengurangkan perbelanjaan harian seperti makanan, persekolahan anak-anak dan sebagainya,” Yusof dipetik sebagai berkata..
Syarikat rokok utama British American Tobacco Malaysia mengumumkan harga jualan baharu rokoknya naik berkuat kuasa semalam disebarkan kenaikan cukai eksais dan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Sementara itu, Mohd Yusof juga mengingatkan , kerajaan supaya mempertingkatkan kawalan sempadan berikutan kemungkinan muncul aktiviti penyeludupan rokok pada skala besar.
