PAC arah bos 1MDB Arul Kanda hadir siasatan 1 Dis

   

Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy akan menghadap Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 1 Disember ini.

Mengikut laporan The Malay Mail Online, bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Halmi juga diarahkan hadir bagi memberi keterangannya seminggu sebelum itu, iaitu pada 25 November.

“Surat notis mesyuarat berkenaan telah dihantar kepada anggota PAC, saksi dan kementerian terbabit,” kata notis PAC yang dipetik oleh portal berkenaan.

Bagaimanapun nama, taikun perniagaan Jho Low tidak berada dalam senarai siasatan PAC.

Isnin lalu, pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin memberitahu wartawan bahawa Arul Kanda dan Shahrol akan dipanggil bagi meneruskan siasatan 1MDB probe, tetapi tarikhnya belum ditetapkan.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In