Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengundian jawatan timbalan, naib dan CWC MIC selesai
Diterbitkan:  Nov 6, 2015 1:23 PM
Dikemaskini: 5:25 AM

Perwakilan Mesyuarat Agung MIC ke-67 selesai membuang undi untuk jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) yang berlangsung di di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Kuala Lumpur.

Keadaan secara umumnya dilaporkan terkawal kecuali seorang perwakilan yang ditahan oleh Jawatankuasa Pemilihan MIC ketika cuba merakam gambar kertas undi.

Datuk Seri Dr S Subramaniam kekal sebagai presiden dengan tidak pencabar.

Kira-kira 1,420 perwakilan hadir dan membuang undi manakala kiraan telah bermula dan keputusan dijangka diumumkan tidak lama lagi.

Bagi jawatan timbalan presiden, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan dicabar oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak DatukSK Devamany.

Jawatan naib presiden pula menyaksikan perebutan di antara bekas Ketua Pemuda T Mohan dan SA Vigneswaran, Ketua Penerangan VS Mogan dan bekas bendahari agung Jaspal Singh.

Bagi jawatan anggota CWC, seramai 44 calon bertanding untuk merebut 23 kerusi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual merasmikan mesyuarat agung tahunan MIC pada jam 3 petang hari ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS