Skuad kendalian Jurgen Klopp, Liverpool meraih kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan Rubin Kazan 1-0, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan peringkat kumpulan B Liga Eropah itu, The Kop memperoleh gol tunggal di awal separuh masa kedua melalui jaringan Jordan Ibe.

Sebelum ini, Klopp meraih kemenangan pertama sejak berpindah ke Anfield dengan menewaskan Bournemouth sebelum menjinakkan Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sementara aksi di Kazan Arena itu, Liverpool tampil lebih menonjol berbanding pasukan tuan rumah dengan menguasai 66 peratus permainan.

Menurut catatan UEFA, Liverpool melakukan enam percubaan tepat ke gawang tuan rumah melalui 14 percubaan.

Jurang besar dimiliki Liverpool berbanding Kazan yang gagal mencipta sebarang percubaan tepat daripada empat percubaan diperoleh mereka.

Peluang demi peluang yang diperoleh anak buah Klopp di separuh masa pertama gagal di sempurnakan mereka.

Larian solo, tendangan luar kota penalti

Bagaimanapun, tujuh minit masa kedua berlangsung, Liverpool berjaya memecah kebuntuan gol.

Ibe melakukan larian solo dari tengah padang sebelum melepaskan tendangan dari luar kotak penalti untuk jaringan peribadi pertamanya buat Liverpool.

Menurut Klopp, Ibe merupakan pemain yang mempunyai potensi besar dan perlu dipantau supaya tidak lupa diri dan terus mengasah bakatnya.

"Sejauh mana Ibe berkembang akan bergantung kepada dirinya sendiri. Peluang untuk bermain sebagai pemain utama tetap terbuka luas. Kini, dia adalah pemain penting untuk Liverpool.

"Ibe memiliki kemampuan hebat, mampu atasi lawan dalam situasi satu lawan satu, dan bijak menggiring bola. Memang banyak yang harus dipelajari walaupun sudah mempunyai bakat tersendiri," katanya Klopp mengulas mengenai pemain berusia 19 tahun itu.

Kemenangan dengan gol tunggal tersebut meletakkan The Kop di tangga kedua kumpulan B dengan pungutan enam mata.

Keputusan penuh perlawanan keempat Liga Eropah 5 November:

Kumpulan A

Ajax 0 - 0 Fenerbahce

Celtic 1 - 2 Molde

Kumpulan B

Rubin Kazan 0 - 1 Liverpool

Sion 1 - 1 Bordeaux

Kumpulan C

Borussia Dortmund 4 - 0 FK Qabala

FC Krasnodar 2 - 1 PAOK Thessaloniki FC

Kumpulan D

Club Brugge 1 - 0 Legia Warszawa

Napoli 5 - 0 FC Midtjylland

Kumpulan E

Dinamo Minsk 1 - 2 Villarreal

Viktoria Plzen 1 - 2 Rapid Wien

Kumpulan F

FC Groningen 0 - 1 Liberec

Marseille 1 - 0 Braga

Kumpulan G

Rosenborg 0 - 2 Lazio

Saint-Etienne 3 - 0 Dnipro

Kumpulan H

Besiktas 1 - 1 Lokomotiv Moscow

Skenderbeu 3 - 0 Sporting CP

Kumpulan I

Belenenses 0 - 2 Basel

Lech Poznan 0 - 2 Fiorentina

Kumpulan J

Qarabag FK 1 - 1 Monaco

Tottenham Hotspur 2 - 1 Anderlecht

Kumpulan K

Asteras Tripolis 2 - 0 APOEL Nicosia

Sparta Prague 1 - 1 Schalke 04

Kumpulan L

Athletic Bilbao 5 - 1 Partizan Beograd

Augsburg 4 - 1 AZ Alkmaar