Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan yang disebut-sebut sebagai pilihan utama untuk menyandang jawatan timbalan presiden MIC tumbang ditangan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk SK Devamany.
Saravanan yang juga bekas naib presiden, diketepikan dengan hanya 17 undi selepas mendapat undian sebanyak 698 berbanding Saravanan yang memperoleh 681.
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Semula parti, Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Jawatan naib presiden dimenangi oleh bekas Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk SA Vigneswaran, bekas Ketua Pemuda, T Mohan dan bekas bendahari MIC, Datuk Jaspal Singh.
Anak kepada bekas Presiden Datuk Seri S Samy Vellu iaitu Datuk Seri Vell Paari, Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan dan Setiausaha Agung MIC, A Sakthivel adalah antara calon yang memenangi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).
