'Terjemahkan istilah TPPA ke bahasa mudah difahami'
Ahli Parlimen DAP Klang Charles Santiago mahu kerajaan menterjemahkan semua istilah perundangan dalam teks Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ke dalam bahasa yang senang difahami oleh semua orang.
Katanya, teks 10,000 halaman itu, begitu rumit sehinggakan ramai yang tidak dapat memahaminya.
"Orang ramai mengadu bahawa mereka tidak memahaminya, termasuk juga ahli perniagaan. Dan anda tidak boleh merujuk hanya kepada seorang peguam kerana banyak isu-isu [...] peguam yang sama bulannya pakar dalam semua bidang," katanya kepada Malaysiakini.
Masalah lain, menurutnya, adalah halangan bahasa kerana perjanjian itu dibuat sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.
"Kebanyakan rakyat Malaysia tidak boleh baca bahasa Inggeris, mereka tidak dapat memahaminya. Walaupun anda boleh membaca dalam bahasa Inggeris, anda sebenarnya membaca teks undang-undang.
"Oleh itu, saya membuat cadangan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menterjemahkannya ke bahasa Melayu, Mandarin, dan Tamil, dalam yang kita bercakap," katanya.

