Ambiga: Bersama Mahathir jika boleh ubah sistem

Kow Gah Chie        

Aktivis masyarakat harus bersedia bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad jika bekas perdana menteri itu sedia memperbetulkan sistem bermasalah dalam negara ini, kata Datuk S Ambiga.

Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) itu berkata, masyarakat awam harus terbuka bekerjasama dengan Mahathir jika beliau bukan sahaja mahu menukar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Siapa sahaja yang cuba lakukan perkara itu, saya fikir kita patut terbuka untuk bekerjasama.

“Tetapi ia harus menukar keseluruhan sistem, bukan hanya menjatuhkan Najib dan membenarkan Umno terus seperti biasa,” katanya.

Beliau bagaimanapun kesal jika Mahathir ( gambar ) hanya mahu menukar seorang individu dalam kerajaan.

Beliau mengulas laporan bahawa kumpulan 25 Melayu terkemuka (G25) yang menolak kerjasama dengan Mahathir atau berkas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhuyiddion Yassin untuk menyingkirkan Najib.

The Star melaporkan anggota G25 Tawfik Ismail, anak bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman, bahawa Najib masih pemimpin terbaik untuk menerajui negara memandangkan sikap sederhananya.

Mahathir dalam kempen-kempennya mahu Najib disingkir tetapi BN dikekalkan menerajui negara ini.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In