FB saring penulis kerana tulisan berkaitan haid
GLOBAL Seorang penulis blog feminis telah menjadi mangsa saringan oleh Facebook kerana menulis tentang haid serta sejarah produk haid.
Alaura Weaver yang juga dikenali sebagai "Bad-ass Motherblogger" telah memulakan siri penulisannya tentang sejarah yang memperincikan tentang kebersihan haid, lapor The Independent.
Ketika Weaver cuba untuk melonjakkan capaian tulisan itu di Facebook, ia ditolak.
Facebook menyediakan perkhidmatan itu secara berbayar bagi membolehkan lebih ramai pengguna Internet melihatnya.
Laman sosial itu memberi alasan tindakan Weaver melanggar garis panduan iklan mereka yang tidak dibenarkan promosi jualan atau penggunaan “produk dewasa”.
Selepas membuat rayuan, Weaver dimaklumkan bahawa imej yang digunakan dalam iklan itu melanggar polisi Facebook kerana memaparkan "bahagian keterlaluan".
Gambar tersebut merupakan lukisan pada abad ke-18 yang memaparkan wanita sedang mandi.
Weaver kemudiannya menukarkannya tetapi ditolak sekali lagi atas alasan melanggar garis panduan iklan pula.
Weaver kemudian menulis di Reddit memberitahu:
"Saya sedang bertempur dengan jabatan iklan Facebook berhubung definisi tuala wanita sebagai produk kesihatan yang bertentangan dengan dildo.
"Kesihatan wanita tidak sepatutnya menjadi perkara yang tabu,” katanya yang kesal apabila produk kesihatan wanita dikategorikan sebagai alatan seks.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.