Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suu Kyi bayangkan NLD menang p'raya Myanmar
Diterbitkan:  Nov 9, 2015 7:00 PM
Dikemaskini: 11:05 AM

Pemimpin pembangkang Myanmar Aung San Suu Kyi membayangkan kemenangannya dalam pilihan raya negara itu, yang pertama kalinya diadakan secara bebas selepas beberapa dekad walaupun dijangka kelewatan pengumuman keputusan.

Menurut The Guardian , dalam komen pertamanya selepas pilihan raya Ahad lalu, Suu Kyi yang berucap di hadapan orang ramai yang berkumpul di ibu pejabat parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) di Yangon, mengatakan bahawa keputusan pilihan raya tidak akan diumumkan seperti yang dijangka.

"Tetapi saya rasa anda semua sudah tahu keputusannya. Masih terlalu awal untuk mengucapkan tahniah kepada calon-calon kita yang akan menjadi pemenang.

"Saya ingin ingatkan anda semua bahawa walaupun calon-calon yang tidak menang perlu menerima siapa pemenangnya, tetapi ia adalah penting untuk tidak mencetuskan provokasi kepada calon-calon yang tidak menang yang bertujuan untuk membuatkan mereka rasa teruk," katanya.

Selain itu, seorang jurucakap NLD pula berkata, mereka hampir mendapat 70 peratus kerusi dalam parlimen yang membolehkan ia cukup untuk membentuk kerajaan walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu masih belum mengumumkan sebarang keputusan rasmi.

Keputusan awal sepatutnya diadakan pada jam 9 pagi, Isnin, tetapi ditangguhkan sehingga tengah hari.

Pengerusi Kesatuan Suruhanjaya Pilihan Raya pula berkata akan membuat satu sidang media pada jam 3 petang waktu tempatan dengan keputusan yang akan diumumkan jam 6 petang.

Keputusan akhir dijangka pada Selasa.

Sekumpulan besar penyokong parti NLD telah berkumpul pada petang Ahad di ibu pejabat parti itu di Yangon dengan bersorak, menari dan mengibarkan bendera merah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS