Vieira dilantik jurulatih New York City FC
Bekas kapten Arsenal, Patrick Vieira dilatih sebagai ketua jurulatih baru kelab New York City FC.
Ia sekali gus menjadikan bekas pemain kebangsaan Perancis itu sebagai jurulatih kepada tiga bintang bola sepak ternama iaitu Andrea Pirlo, David Villa, dan Frank Lampard.
Skuad New York City FC dilihat mampu pergi lebih jauh dengan keberadaan ketiga-tiga pemain tersebut yang masing-masing mempunyai sejarah manis bersama kelab mereka sebelum ini.
Pirlo pernah membantu Italy menjuarai Piala Dunia 2006 dan menjadi rakan sepasukan Villla ketika bersama kelab Barcelona.
Lampard pula adalah legenda bagi kelab Chelsea selepas berkhidmat bersmaa The Blues selama 14 tahun.
Lampard meninggalkan Chelsea pada 2014 dengan menyertai New York City FC, bagaimanapun dia dipinjamkan kepada Manchester City sepanjang musim lalu.
Terdahulu, Vieira melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih pasukan bawah 21 Manchester City dan mengikat kontrak rasmi selama tiga tahun bersama New York City FC.
"Saya gembera kerana diberi kepercayaan sebagai jurulatih New York City FC.
"Menjadi jurulatih kelab ini adalah satu potensi menarik kepada mana-mana jurulatih," katanya seperti dilaporkan BBC Sport.
Vieira memenangi tujuh anugerah utama dalam tempoh sembilan tahun di Arsenal antara 1996 hingga 2005.
Selain itu, bekas pemain tengah itu turut berjaya membantu Perancis merangkul juara Piala Dunia 1998.
Bakal memulakan tugasnya pada 1 Januari 2016, Vieira diharap dapat memulihkan prestasi New York City FC selepas menamatkan perlawanan di Liga Major di kedudukan kelapan.
New City FC merupakan sebahagian daripada kelab Manchester City yang diasaskan oleh pemilik sama iaitu Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan.

