Polis hari ini menjelaskan anak lelaki Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dipanggil memberi keterangan berhubung pembabitannya dalam perhimpunan BERSIH sejak September lalu dan bukan Julai seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata kenyataannya yang dilaporkan media semalam, tidak seperti yang dimaksudkannya.

"Segala kekhilafan amatlah dikesali," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Tajudin dilaporkan Bernama semalam sebagai berkata, bahawa anak lelaki Mohamed Azmin dipanggil memberi keterangan kepada polis sejak Julai lalu, namun gagal berbuat demikian.

- Bernama