Parti Progresif Penduduk (PPP) akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi meluluskan penukaran logo dan nama baharu parti itu pada Ahad ini.

Presidennya, Tan Sri M Kayveas berkata, nama baharu yang dicadangkan, 'myPPP', yang membawa maksud Peace (Keamanan), Progressive (Kemajuan) dan Prosperity (Kemakmuran) memerlukan persetujuan dan sokongan anggota parti.

"Kita akan menggantikan nama baharu 'myPPP' dengan misi dan moto baharu #proudtobeMalaysia yang menggambarkan suara bersama rakyat Malaysia dan kita harus berbangga menjadi rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran PPP di Little India, Brickfields di Kuala Lumpur, hari ini.

Kayveas berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka merasmikan mesyuarat itu.

- Bernama