Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Siasatan polis mendapati suspek yang didakwa menumbuk seorang pekerja di sebuah kedai telefon bimbit di Plaza Low Yat di ibu negara menghidap sakit mental.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata siasatan mendapati suspek 27 tahun itu mempunyai kad rawatan psikiatri daripada Hospital Kuala Lumpur.

Mengulas insiden pada malam semalam itu, Zainol berkata ia berpunca daripada kemalangan kecil jalan raya antara suspek dengan rakan mangsa di Taman Maluri, Cheras.

"Ia berpunca daripada kemalangan antara suspek dengan rakan kepada pengadu yang buat laporan polis mengatakan dia kena tumbuk,” katanya.

Dalam insiden itu suspek didakwa sudah memukul belakang rakan pengadu dengan topi keledar serta mengemekkan kereta.

"Rakannya kemudian naik (masuk Law Yat) dan suspek pergi cari rakannya yang kemudian jumpa pekerja syarikat itu di kedainya dan kemudian menumbuk pengadu.

Suspek kemudian ditangkap oleh pekerja keselamatan bangunan dan diserahkan kepada polis.

Zainol kemudian membaca laporan polis yang dibuat oleh pekerja Oppo itu. Mengikut laporan polis itu, rakannya pernah diugut oleh suspek kerana nyaris melanggar motosikal suspek itu di sekitar Taman Maluri, Cheras.

Namun, rakannya tidak memberhentikan kereta kerana khuatir terhadap keselamatannya.

Zainol berkata, oleh kerana rakan pekerja Oppo itu memakai baju kerja, maka suspek pergi Plaza Law Yat untuk mencarinya.

"Keadaaan di Law Yat terkawal dan ini tidak ada kaitan dengan perkauman," tegas Zainol.

Katanya, polis akan menyiasat suspek di bawah seksyen 14 Akta kesalahan kecil 1955, Seksyen 323 dan seksyen 506 Kanun Keseksaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS