Kakitangan pejabat Menteri Kesihatan di Putrajaya gempar dan bertindak mengosongkan tingkat 13 yang menempatkan pejabat mereka apabila menerima bungkusan mengandungi serbuk yang disyaki berbahaya hari ini.

Bungkusan dalam bentuk sampul pos laju itu dikatakan diterima seorang kakitangan pejabat itu pada 3.15 petang, yang kemudian membuka sampul itu lalu menemui serbuk dan tangannya berasa gatal, demikian menurut maklumat awal bomba.

Ekoran itu, kakitangan pejabat menteri berhimpun di perkarangan blok E7 yang menempatkan pejabat Menteri Kesihatan.

Turut kelihatan bomba dan polis.

- Bernama