Mustapa: TPPA tak jadikan Malaysia terjajah
Diterbitkan: Nov 14, 2015 12:35 PM | Dikemas kini: Nov 14, 2015 12:38 PM
Datuk Seri Mustapa Mohamed menolak dakwaan pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan menyebabkan Malaysia dijajah.
Kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, ketika ini ada lebih banyak syarikat Malaysia beroperasi di luar negara.
Jika menggunakan logik 'penjajahan' itu, kata Mustapa, orang ramai juga boleh mendakwa Malaysia adalah penjajah kepada negara lain ketika ini.
Beliau juga menjelaskan kehadiran syarikat Malaysia di luar tidak bermakna negara ini sedang menjajah negara asing.
Justeru, katanya, dengan memahami keadaan itu TPPA tidak menjadikan Malaysia dijajah kuasa asing.
"Kepentingan negara, termasuk hak bumiputera juga dipellihara dalam TPPA," katanya.
[Berita lanjut menyusul]

