Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamid berkata masih belum dapat disahkan sekiranya terdapat kemungkinan rakyat Malaysia yang terlibat serangan maut pengganas di Paris pada Jumaat malam.

"Tidak, belum ada maklumat mengenai perkara ini," katanya selepas ditanya sama ada beliau mempunyai maklumat kemungkinan rakyat Malaysia antara dalang insiden itu.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri bagaimanapun memberi jaminan bahawa pihak berkuasa sentiasa bersiap sedia bagi memastikan insiden seumpama itu tidak berlaku di Malaysia.

"Polis bukan sahaja bersiap sedia, tapi menambahkan kekuatan mereka," katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Zahid yang juga naib presiden Umno berkata polis bersiap siaga dan menambah kekuatan khususnya pada minggu depan kerana Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN.

[Baca berita asal]