Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shahidan: Jika militan boleh serang Paris, apalagi Sabah?

Seorang menteri kabinet membangkitkan isu serangan di Paris bagi mempertahankan dakwaan kelemahan kawalan di timur Sabah bawah kawasan keselamatan khas pantai timur sabah (Esscom).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Paris sebagai sebuah tempat yang cukup ketat kawalannya pun boleh berlaku masalah sedemikian.

“Di kawasan Esscom, kesiapsiagaan mereka untuk hadapi segala bentuk ancaman dari luar adalah terbaik.

“Tetapi jenayah lepas sempadan nak jamin 100 peratus (tak berlaku) sukar.

“Di mana-mana tempat di dunia ini kita hadapi kesukaran,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Shahidan mengulas aduan Marcus Moligah (BN-Putatan) bahawa pendatang haram mudah masuk ke negeri itu.

Serangan pengganas di Paris pada Jumaat mengorbankan sekurang-kurangnya 120 nyawa.

Ia dianggap peristiwa paling berdarah di Perancis sejak Perang Dunia Kedua.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS