Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Wang Yapeim diguna untuk kursus perkahwinan di Paris'

NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) dalam pendedahan terbarunya, hari ini, mendakwa dana RM290,000 milik Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) digunakan untuk membiayai kursus perkahwinan di Paris, Perancis.

Menurut pengarahnya, Akmal Nasir, kertas kerja kursus perkahwinan juga diluluskan oleh Yapeim.

Akmal juga mempersoalkan sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom terbabit merasmikan kursus program yang dinamakan ‘Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahwanan dan Pengurusan’ yang diadakan pada bulan Disember tahun lalu.

Berdasarkan kertas kerja, Akmal berkata bahawa pembayaran telah dibuat untuk dua kursus iaitu 'Program Transformasi Warga SANTUN (Tamrin) Kelab SANTUN Eropah’ dan Kursus dan Kembara SANTUN 2014.

Bayaran yang diluluskan oleh Japeim dalam dokumen masing-masing berjumlah RM176,500 dan RM113,500.

Akmal berkata Jamil Khir perlu menjawab dakwaan berkenaan kerana namanya sering ditimbulkan dalam dokumen-dokumen tersebut.

"Apakah rasional menganjurkan kursus perkahwinan untuk pelajar?" soalnya pada sidang akhbar hari ini.

"Dana Yapeim perlu digunakan untuk membantu mereka yang paling memerlukannya."

Jamil Khir sebelum ini menafikan beliau menyalahgunakan wang yayasan itu dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Akmal dan semua media yang menerbitkan dakwaan Akmal.

Malaysiakini telah menghubungi Jamil Khir untuk mendapatkan ulasannya berhubung pendedahan terkini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS