Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang anggota parlimen pembangkang membangkitkan bahawa pakaian “seksi” peserta Sukan Malaysia (SUKMA) dan FitMalaysa boleh membawa kepada amalan zina.

Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) berkata pakaian sebegitu dan pergaulan bebas antara jantina boleh menyumbang terhadap gejala itu.

Mohamad Imran berkata demikian ketika membahaskan belanjawan 2016 di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata tiada bukti perkara itu boleh berlaku tetapi akan tetap mengambil maklum terhadap aduan itu.

Perbahasan berkaitan pakaian ahli sukan perempuan muncul Jun lalu selepas gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi merangkul emas di Sukan Sea.

Farah memakai pakaian biasa atlit sukan itu yang ketat.

Sementara itu, Khairy berkata, seorang ahli sukan boleh memilih pakaian mereka selagi bertepatan dengan peraturan sukan yang dikenakan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS