Angelina Jolie, Brad Pitt kekok adegan intim
Diterbitkan: Nov 16, 2015 5:34 PM | Dikemas kini: Nov 17, 2015 5:59 PM
Siapa tidak kenal dengan Angelina Jolie yang terkenal dengan gaya berani termasuk berbogel dalam filem.
Bagaimanapun, apabila berlakon dengan suaminya sendiri, Brad Pitt, semua itu ternyata berbeza.
Jelitawan 40 tahun itu mengaku berasa canggung.
"Adegan cinta dalam filem adalah sesuatu yang aneh. Tetapi bila dilakukan dengan orang yang kamu cintai? Hmm...," kata Jolie pada Jumaat.
Bagi menjayakan filem terbaru mereka By The Sea, Jolie dan Pitt harus melakukan adegan cinta dalam bilik mandi yang menghendaki mereka berendam dalam air tanpa pakaian.
Filem romantik itu mengisahkan pahit getir rumah tangga pasangan di Amerika Syarikat pada 1970-an yang cuba menyelamatkan pernikahan mereka
- Agensi

