Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Banjir kerana kolam tadahan tak tampung air
Diterbitkan:  Nov 16, 2015 6:00 PM
Dikemaskini: 10:07 AM

Kejadian banjir di Shah Alam 2 dan Puncak Alam semalam dikenal pasti berpunca daripada air tidak dapat mengalir keluar dan kolam tadahan pula penuh.

Perkara itu dinyatakan dalam laporan awal banjir kilat Kuala Selangor, yang diedarkan oleh exco infrastruktur dan kemudahan awam Selangor Zaidy Abdul Talib ( gambar ).

Dalam kejadian semalam, ketinggian air dicatat antara 400 hingga 600mm manakala aras air di Sungai Buloh mencatat bacaan agak tinggi daripada biasa.

Untuk penyelesaian, laporan mencadangkan pembersihan parit-parit kecil.

Manakala, untuk jangka panjang pula, pengorekan semula kolam tadahan mesti dibuat selain menaik taraf parit.

Buat masa ini, kerja-kerja pengorekan semula kolam Puncak Alam 2 dan kolam Puncak Bestari masih berjalan dan dijadualkan siap pada Jun tahun depan.

Sementara itu, Menteri Besar Azmin Ali berkata kerajaan negeri meluluskan lebih RM2 juta untuk kerja menyelenggara kolam takungan susulan banjir kilat semalam.

“Saya telah berbincang dengan pengarah JPS (Jabatan Parit dan Saliran) hari ini dan minta dipantau kerja kerja ini bagi mengelakkan berulangnya kejadian banjir kilat,” tulisnya di Twitter.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS