Najib kecam pengganas pancung tebusan M'sia

   

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia terkejut dan sedih dengan pembunuhan tebusan Malaysia oleh pengganas semalam.

Beliau juga mengutuk keras tindakan terhadap Bernard Then Ted Fen itu.

“Kami gesa pihak berkuasa bertindak keras terhadap dalang tindakan ganas dan kejam itu dan memastikan mereka dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

"Kami juga akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab berkenaan dengan penyiasatan kejadian ini.

"Ingatan, doa dan ucapan takziah kami bersama dengan keluarga dan kawan-kawannya," kata Najib dalam satu kenyataan.

Semalam dilaporkan kumpulan pengganas Abu Sayyaf memancung kepala jurutera 39 tahun itu yang menjadi tebusan terakhir yang diculik di sebuah restoran di Sandakan, Sabah pada Mei lalu.

Kejadian itu berlaku seminggu selepas mereka sebelum ini membebaskan seorang tahanan Thien Nyuk Fun, pengurus restoran Ocean King Seafood yang diculik bersama Then.

Then dipancung hanya beberapa jam selepas Najib tiba di Manila untuk persidangan dua hari Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) semalam.

Komander Kumpulan Petugas Bersama Sulu Brigadier Genera Alan Arrojada mengesahkan itu dipancung sekitar jam 4 petang di kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo, Filipina.

I, the government, and all Malaysians are shocked and sickened by the murder of our countryman Bernard Then and we...

Posted by Najib Razak on Tuesday, 17 November 2015

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In