Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesyaki kemungkinan wujud dalang di sebalik gerakan akar umbi Umno Sepang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya akan meneliti (dan) melihat (perkara itu). Kita akan tengok (sama ada) benda (itu) betul dibuat oleh cawangan tersebut atau ada orang yang main berperanan sebagai dalang," katanya di lobi parlimen.

Beliau menjawab berhubung sekumpulan pemimpin akar umbi Umno yang mendakwa mewakili 20 cawangan parti itu di Sepang, memohon Najib supaya meletak jawatan.

Pada 13 Oktober, pemimpin cawangan di Teluk Kemang Umno turut mendesak Najib melepaskan jawatan.

"Apabila kita menyelidik, kita daparti jumlah cawangan tak ada pun seperti begitu," katanya.

"(Ini) kerana ada orang yang cari jalan untuk memecah belahkan Umno," katanya.

Umno menghadapi masalah dalaman selepas Najib mempecat Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri pada Julai lalu.

Ia dipercayai bahawa Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno, adalah salah seorang daripada tujuh pemimpin parti sedang disiasat kerana melanggar disiplin.

Para pemimpin boleh digantung daripada jawatan dan keahlian parti, sekiranya Umno membuat keputusan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS