Pekerja jumpa kepala dalam guni bertanda 'Bernard Then'
Seorang pekerja yang menjalankan kerja-kerja pembersihan menjumpai kepala yang putus dipercayai milik tebusan Malaysia Bernard Then, yang dilaporkan dibunuh oleh penculiknya, kumpulan pengganas Abu Sayyaf.
Penemuan ngeri itu berhampiran bangunan majlis perbandaran di pulau Jolo, Filipina, malam semalam.
Ketua Polis Jolo Major Junpikar Sitin memberitahu portal The Star bahawa guni itu tertera tulisan "Bernard Then Ted Fen".
"Kita telah serahkan kepala itu kepada pasukan petugas tentera untuk ujian DNA," katanya.
Then, seorang jurutera berusia 39 tahun dari Sarawak, diculik dari sebuah restoran makanan laut di Sandakan, Sabah, pada Mei lalu.
Beliau dijadikan tebusan bersama pemilik restoran itu Thien Nyuk Fun, 50. Bagaimanapun, Thien dibebaskan pada 8 November.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
