Daripada beralih kepada vape, perokok patut mendapatkan bantuan klinik berhenti merokok bagi mengakhiri tabiat buruk itu.

Pemegang amanah Yayasan Paru-paru Malaysia Dr Aziah Ahmad Mahayiddin berkata perkhidmatan diberikan walaupun percuma masih tidak mendapat sambutan.

Bercakap dalam sesi soal jawab di KPJ Damansara hari ini, Aziah menyelar perokok yang mahu berhenti tetapi tidak mendapatkan bantuan profesional bagi memastikan kadar kejayaan lebih tinggi.

“Bila mereka cuba berhenti sendiri, mereka akhirnya mula guna vape,” katanya.

Penggunaan vape kini menjadi fenomena baru, terutamanya selepas harga rokok melonjak kepada lebih RM17 sekotak.