Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS K'tan hantar laporan isu Husam minggu ini
Diterbitkan:  Nov 19, 2015 12:42 PM
Dikemaskini: 4:52 AM

PAS Kelantan akan menghantar laporan berhubung tindak tanduk ADUN Salor Datuk Husam Musa kepada PAS Pusat pada minggu ini, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Bekas naib presiden PAS itu dilihat sering mengkritik kerajaan Kelantan dan kepimpinan parti sejak kebelakangan ini.

Mohd Amar berkata keputusan laporan yang sedang disiapkan itu telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS negeri itu kelmarin, lapor Sinar Harian hari ini.

"Laporan dibuat melibatkan apa yang berlaku, ucapan dan kenyataan beliau sebelum ini dan serah kepada PAS Pusat.

"Kalau PAS negeri panggil pun, tak boleh buat apa, kita tengok macam mana, sebab yang layak bertindak hanya (PAS) pusat, kita hanya boleh menyediakan laporan," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Sebelum ini, PAS Pusat akan memanggil Husam untuk menjelaskan dakwaan serta mengemukakan bukti berhubung isu melibatkan pentabiran kerajaan Kelantan antaranya berkaitan balak dan kenaikan gaji wakil rakyat negeri.

Tanpa menyebut tarikh khusus, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mengikut pandangan parti itu semua dakwaan mesti disertakan dengan bukti kukuh.

Husam juga sebelum ini mendakwa Hadi pernah mengaku sendiri mahu membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno dan sedia menerima cabaran Mustafa untuk berdebat berhubung perkara itu.

Dalam laporan itu juga, Mohd Amar berkata beliau juga tidak menolak kemungkinan Husam seolah-olah mengumpul alasan bagi menghalalkan segala tindakannya termasuk menyerang parti dan presiden.

Timbalan menteri besar Kelantan itu juga berkata beliau menyerahkan kepada akar umbi PAS untuk menentukan sama ada mahu terus memilih Husam sebagai wakil rakyat mereka pada pilihan raya umum akan datang.

"Berdasarkan pengalaman lepas, ahli di peringkat cawangan akan buat penilaian. Kalau mereka rasa seseorang itu gagal mematuhi displin dan tidak sesuai diangkat sebagai calon, mereka akan beri isyarat.

"Kebiasaannya mereka yang lantang mengkritik dan mealnggar displin susah nak naik," katanya.

Lihat Komen
ADS