Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘TPPA tak akan dimeterai hingga Parlimen bahasnya'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan kerajaan memberi jaminan kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan dua lagi NGO lain bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak akan ditandatangani sehingga ia dibahaskan di Parlimen.

Peguam Kanan Persekutuan Mazlifa Ayob berkata demikian dalam kamar Mahkamah Tinggi merujuk kepada permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Abim dan dua NGO itu, awal bulan ini.

Peguam yang mewakili Abim dan dua NGO itu, Hanif Khatri Abdullah ( kiri ), berkata mahkamah juga menetapkan 1 Disember ini sebagai pendengaran permohonan mereka bagi mendapatkan kebenaran membuat semakan kehakiman berkaitan TPPA.

Permohonan untuk untuk memulakan perbicaraan berhubung meritnya akan dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamed.

Abim, melalui presidennya Mohamad Raimi Abdul Rahim, dan NGO Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) and Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Melayu (Teras) mahu pihak responden supaya tidak menandatangani TPPA.

Terdapat kebimbangan berikutan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia esok, kerajaan akan menandatangani TPPA.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS