Cawangan Labuan kata tiada kaitan lagi dengan CIBT Australia
Commercial IBT cawangan Labuan mendakwa tiada lagi kaitan dengan syarikat induknya, CIBT, yang beribupejabat di Merbourne, Australia yang memindahkan dana RM5 bilion dari akaunnya sebelum ia dibubarkan pada 12 November lalu.
Commercial IBT cawangan Labuan mendakwa tiada lagi kaitan dengan syarikat induknya, CIBT, yang beribupejabat di Merbourne, Australia yang memindahkan dana RM5 bilion dari akaunnya sebelum ia dibubarkan pada 12 November lalu.
Pengurus cawangan itu, Sally Foo berkata cawangan tersebut yang ditubuhkan awal tahun lalu, tidak lagi mempunyai 'sebarang kaitan' dengan CIBT Austrila, tetapi tidak ingat bila tarikhnya.
"Saya tidak boleh memberi sebarang ulasan kecuali mengatakan kami tidak ada lagi sebarang kaitan dengan syarikat induk kami itu," katanya dihubungi semalam.
Bagaimanapun, Lamanweb CIBT Labuan menunjukkan ia masih merupakan cawangan kepada CIBT Australia.
Kegiatan misteri
Penyiasat Australia berkata aktiviti sebenar CIBT masih menjadi misteri tetapi pihak pemegang harta telah mengesan akaun CIBT di Malaysia yang mempunyai kira-kira RM40,000.
Akaun tersebut telahpun dibekukan, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ianya merujuk kepada akaun CIBT Labuan.
Pada 6 Disember lalu, media Australian menyiarkan laporan bahawa pihak pengawalatur di sana terperanjat apabila mendapat sejumlah dana yang besar, telah dikeluarkan daripada bank tersebut, dan hanya tinggal baki RM150.
Pegangan sahamnya juga telah dibubarkan manakala nama-nama lembaga pengarah syarikat berkenaan juga terdiri daripada orang yang sama.
Menurut pihak pemegang harta Australia, nama seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Melbourne, Dr Adrian Chee Beng Ong, telah didaftar lebih daripada sekali sebagai pengarah bank tersebut.
Lembaga pengarahnya juga didakwa telah menggunakan alamat paslu dan Ong memberitahu akhbar-akhbar Australia bahawa ia dilakukan atas 'sebab-sebab keselamatan'.
Ong juga mendakwa yang beliau dan CIBT telah menjadi mangsa 'kempen politik'.
Pemegang harta, Michael Scales dilaporkan berkata 'kakitangan saya mendapati Dr Ong tidak menyatakan secara khusus apabila berbincang mengenai aset syarikat tersebut'.
Februari lalu, pengawalatur pembankan Australia menyerbu ibu pejabat CIBT untuk menyiasat operasinya yang didakwa melanggar Akta Perbadanan dan Jenayah.
Enam bulan kemudian, Mahkamah Agung Victoria, Australia merintahkan bank itu diletakkan di bawan tanggungan pemegang harta.
Pihak pemegang harta juga mendapati tiga hari sebelumnya, saham biasa CIBT yang bernilai RM4.4 bilion serta wangtunai sebanyak RM1.13 bilion telah dipindahkan ke syarikat lain, Commercial IBT Ltd.
Sehingga ini, mereka belum dapat mengesan syarikat baru itu serta dana yang dipindahkan itu.
Menurut mereka, lembaga pengarah CIBT telah meletakkan jawatan dan nama syarikat itu telah ditukar kepada Kantoch Pty Ltd.
Kaitan politik
Lembaga Sekuriti dan Suruhanjaya Pelaburan Australia mula menjalankan siasatan Februari lalu selepas pihak pengawalatur Malaysia menghubungi rakan sejawatanya di Australia berhubung perkara itu tahun lalu.
Ini berikutan soalan mengenai operasi CIBT dibangkitkan sewaktu persidangan Dewan Rakyat tahun lalu.
Pada 4 September lalu, bekas Ahli Parlimen PAS, Husam Musa, membangkitkan soalan mengenai CIBT dan menggesa Bank Negara supaya menyiasat operasi syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, yang bercakap bagi pihak Menteri Kewangan ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, berkata Lembaga Perkhidmatan Kewangan Pesisir Pantai Labuan, telah menyiasat latarbelakang syarikat berkenaan sebelum mengeluarkan lesen kepadanya.
Ong juga didakwa mengendalikan urusan tersebut bagi pihak ahli-ahli politik berpengaruh di Malaysia.
Dia juga mendakwa dia dan CIBT telah menjadi mangsa 'ancaman, ugutan dan keganasan' oleh satu kumpulan di Malaysia dan Australia, tetapi enggan mendedahkan siapakah 'musuh-musuhnya' itu.
Sementara itu, Husam ketika dihubungi semalam, berkata kini sudah 'nyata bahawa ada ahli-ahli politik yang terbabit dengan bank tersebut kerana adalah mustahil kerajaan Malaysia tidak 'tahu' mengenai latarbelakang dan operasinya.
"Pada masa ini, apabila kerajaan mempertahankan keputusan mereka (memberi lesen kepada cawangannya di Labuan) di Parlimen, mereka mesti sudah tahu yang syarikat induknya tidak sah," tegasnya.
Menurutnya lagi, Malaysia mempunyai undang-undang yang ketat dalam memberi kelulusan untuk penubuhan cawangan bank asing, dan amat memeranjatkan bagaimana Kementerian Kewangan boleh meluluskan permohonan tersebut.
"Bagaimanapun, sehingga sekarang pun, pihak kerajaan tidak membatalkan lesen bank berkenaan dan tidak pula menutup operasinya," katanya sambil melahirkan keraguannya bahawa tiada lagi hubungan antara kedua-duan bank berkenaan.
Apabila penubuhan cawangan itu diluluskan, Husam diberitahu di Parlimen bahawa CIBT Labuan mempunyai lebih RM13 juta dalam bentuk deposit dan harta.
"Ini jumlah wang yang besar. Bank ini boleh dianggap terbabit dalam kegiatan penghapusan wang secara wang jika ianya tidak disiasat dengan rapi dan jika tidak diperjelaskan oleh kerajaan," katanya sambil menggesa ahli-ahli Parlimen supaya membangkitkan isu tersebut di sidang Parlimen.

