Dr M: Obama hanya mahu Najib meterai TPPA

Zikri Kamarulzaman        

Presiden Amerika Syarikat tidak akan melakukan apa-apa yang akan membantutkan Malaysia daripada menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya tidak fikir dia (Obama) akan ubah apa-apa. Dia hanya mahu Najib tandatangani TPPA.

"Selepas itu, saya tidak tahu apa yang akan berlaku," kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Reuters sebelum ini melaporkan bahawa Obama akan membangkitkan isu-isu mengenai pembangkang pada pertemuan dengan Najib.

Akhbar The Washington Post bagaimanapun menegaskan bahawa Obama amat mengharapkan pentadbiran Najib untuk menandatangani TPPA.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In