KL sesak teruk, jalan ditutup bagi laluan Obama

   

Lalulintas sesak teruk selepas Lebuh Raya Persekutuan dari Subang ke arah pusat bandar ditutup sejak jam 4 petang tadi.

Menurut Bernama yang memetik jurucakap bilik gerakan polis trafik Kuala Lumpur, penutupan itu adalah bagi memberi laluan kepada Presiden Amerika Syarikat Presiden Barack Obama dan rombongan yang hadir untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-27.

"Lebuh raya akan ditutup sehingga perjalanan Obama ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selesai," katanya.

Selain itu, jalan-jalan lain yang dilaporkan sesak termasuk Jalan Imbi, Jalan Kinabalu dan Jalan Sultan Ismail.

Pihak polis juga menasihatkan semua kenderaan supaya menggunakan jalan alternatif dan mematuhi semua arahan untuk mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In