PMO nafi beli perisian intip warganegara
Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan membeli perisian mengintip daripada semua syarikat yang berpengkalan di Itali.
"Untuk makluman tidak ada perolehan peralatan yang dinyatakan dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Azalina berkata demikian dalam jawapan bertulis Parlimen bagi soalan Tian Chua (PKR-Batu) sama ada pejabat itu membeli alat pengintip dari sebuah syarikat keselamatan dari Itali pada Mac 2014 dan kegunaan peranti tersebut.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa Pejabat Perdana Menteri telah membeli perisian intip warganegara daripada firma dari Milan, Hacking Team.
Perkara tersebut tercetus selepas laman web Hacking Team digodam dan datanya bocor pada Julai.

