Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh mendedahkan laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan empat batang sungai di Kuantan kini tercemar teruk dengan magnesium.

Laporan itu, yang berdasarkan pemeriksaan pada 24 dan 25 Ogos lalu di sungai-sungai di Riau, Mabok, Pinang dan Pengorak mendapati tahap pencemaran magnesium kini pada kelas 5.

"Air minuman sepatutnya adalah kelas 2. Air kelas 5, kita tidak boleh disentuh, ia lebih buruk daripada air saliran.

"Setitik air itu akan membuat kita sakit," kata Fuziah dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga memberi amaran bahawa isu ini boleh memberi kesan di seluruh negara kerana ikan dari Kuantan dieksport ke negeri-negeri lain.

Fuziah percaya pencemaran itu adalah akibat perlombongan bauksit di kawasan berkenaan.

[Baca berita penuh]