Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hasan 'cari makan' buat pusingan U, adakan sidang media

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin mungkin tidak gembira dengan media selepas kenyataannya bahawa beliau juga "cari makan" dilaporkan minggu lalu.

Tetapi, demi rakyat, beliau membatalkan keputusannya supaya tidak lagi mengadakan sidang media, hari ini.

“PAC bertanggungjawab kepada parlimen, dan parlimen bertanggungjawab kepada rakyat.

“Jadi menjadi tanggung jawab kami menjelaskan dari semasa ke semasa, perkara-perkara yang dibincangkan oleh PAC,” kata Hasan pada permulaan sidang akhbarnya di Parlimen.

Taklimat media hari ini adalah mengenai siri ketiga Laporan Ketua Audit Negara 2014.

Hasan berkata PAC akan mengadakan pertemuan mengenai siasatan kes 1MDB minggu depan, sambil menambah bahawa semua sidang akhbar akan datang diadakan pada 2.30 petang.

Minggu lalu, Hasan berkata, jawatankuasa itu akan tidak lagi mengadakan taklimat media, dan akan hanya mengeluarkan kenyataan bertulis.

Ini berikutan pada sidang media Rabu lalu, beliau memaklumkan PAC tidak perlu memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberi keterangan berhubung isu 1MDB.

Apabila diasak lebih lanjut, Hassan berkata: "Janganlah, saya pun nak cari makan juga."

Beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan media mendakwa terdapat salah faham berhubung penggunaan ayat “cari makan” itu.

Hasan berkata beliau sebenarnya menyediakan makan tengah hari untuk petugas media bagi mengeratkan hubungan dengan kumpulan itu.

“Ketika sidang media hampir tamat, saya menjemput petugas media untuk makan tengah hari dan selepas itu secara bergurau saya bercakap 'saya pun cari makan' bagi mewujudkan suasana lebih mesra dengan petugas media.

“Saya memaklumkan kepada petugas media bahawa percakapan saya itu mengenai 'saya pun cari makan' tidak harus dilaporkan disebabkan ia adalah sekadar gurauan kerana sebelum ini saya menyatakan buat masa ini tidak perlu untuk memanggil perdana menteri,” katanya.

Lihat Komen
ADS