Mahu cela saya? Teruskan, kata Nurul Izzah
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap mereka yang menuduhnya sebagai pengkhianat.
"Saya sedang berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan pemimpin termasuk Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar), dan (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengaitkan saya dengan perbuatan khianat," kata Nurul Izzah kepada wartawan.
Bercakap di luar lobi Parlimen, Naib Presiden PKR juga mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk membawa usul bagi mencelanya.
"Jika Azalina mahu tambah satu lagi kejadian di mana ahli parlimen pembangkang ditindas, teruskan," kata Nurul Izzah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan akan mengheret Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana berjumpa dengan Jacel Kiram yang mengisytiharkan dirinya sebagai Puteri Sulu di Filipina.
Usul itu dimuatkan dalam Kertas Aturan Mesyuarat Parlimen hari ini.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.