Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Guna imaginasi dapatkan pendapatan tiada had

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mendedahkan rahsia untuk membuat keuntungan yang besar berbanding dengan pendapatan sama pada setiap bulan.

Menurut beliau, apabila seseorang menjadi seorang usahawan yang berfikir luar kotak dan mengeksploitasi peluang di internet, maka tidak ada had kepada apa yang boleh dicapai.

“Kalau kita berjaya jadi usahawan gunakan internet, maka orang putih kata ‘sky is the limit’, tidak ada had.

“Had itu terpulang kepada imaginasi kita untuk capai pendapatan yang sukar diimpikan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan Program Daya eUsahawan 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kaual Lumpur hari ini.

Najib berkata penggunaan internet akan memastikan produk yang dipasarkan dengan cara yang lebih menarik.

“Kita nak bidang baru dan gunakan teknologi ini untuk menjual dan memasarkan produk kita lebih menarik dengan gunakan Internet,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata, pasaran e-dagang di negara ini dijangka bernilai RM72 bilion tahun ini dan mencecah RM88 bilion tahun depan berbanding RM53 bilion tahun lalu.

“Saya menyokong penuh program eUsahawan ini dan saya berharap lebih ramai akan terlibat dalam e-dagang untuk menerokai industri-industri masa hadapan,” katanya.

Justeru, beliau meminta rakyat mengubah kerangka minda menjadi seorang yg mahu mencebur diri dalam bidang industri masa hadapan.

“Bukan mencebur diri dalam bidang yang dilupakan, bukan industri yang dah masuk maghrib, kita kena masuk industri masa hadapan,” katanya.

Najib juga menyarankan program eUsahawan diperluaskan kepada seluruh 300,000 pelajar program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi melahirkan generasi baharu usahawan berasaskan teknologi di negara ini.

Menurut perdana menteri, program yang dilaksanakan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) bersama institusi-institusi TVET awam itu mengubah minda para para pelajar untuk menjana pendapatan sendiri sebagai usahawan digital berbanding bekerja dengan kerajaan atau swasta.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS