Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kevin kendali kes PM, Rosmah; 'AKM' di kertas pertuduhan
Diterbitkan:  Nov 25, 2015 7:26 PM
Dikemaskini: Nov 26, 2015 6:37 AM

Dakwaan draf kertas pertuduhan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didedahkan oleh laman web Sarawak Report mempunyai singkatan tandatangan (initials) Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morias, kata adiknya.

Dalam akuan sumpah berkanun (SD) hari ini, Charles Suresh Morais berkata ketika melihat dua halaman kertas pertuduhan di laman web itu pada 30 Julai, beliau mengenali singkatan 'AKM' iaitu ringkasan tandatangan abangnya di satu daripada kertas itu.

"Selepas melihat draf ini sekali lagi, saya dapati bahawa satu daripadanya telah dipinda dan mempunyai tandatangan singkatnya.

"Selepas meneliti kertas pertuduhan itu secara terperinci, saya dapati ada tandatangan abang saya, Kevin bersebelahan pindaan itu. Saya biasa dengan tandatangan dan singkatan yang digunakannya," kata Charles dalam dalam SD.

Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali sebelum ini menolak draf kertas pertuduhan itu yang didakwa sebagai palsu.

Charles dalam akuan bersumpahnya berkata beliau sentiasa berhubungan dengan Kevin, termasuk membuat dua atau tiga panggilan telefon sebulan dan saling bertukar e-mel.

Beliau juga mendakwa bahawa dua hingga tiga bulan sebelum pembunuhan Kevin pada September lalu, abangnya meberitahu bahawa beliau sedang mengendalikan kes yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam SD itu, adiknya itu juga mendakwa bahawa Kevin yang telah dipinjamkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan pasangan itu sebagai 'kurang memberangsangkan'.

“Katanya perbualan telefonnya mungkin diintip dan berhati-hati dengan apa yang saya katakan. katakan. Itulah sebabnya sebahagian besar perbualan kami biasanya dalam bahasa Malayalam,” katanya.

SPRM sedang menyiasat derma RM2.6 bilion dan dana RM42 juta daripada SRC International yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS