BERITA Malaysiakini

Kongsi rahsia DPP yang mati dibunuh dengan polis, kata IGP

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah meminta adik mendiang Kevin Anthony Morais memberikan butir-butir yang terkandung dalam pen drive berhubung siasatan timbalan pendakwa raya itu sebelum pembunuhannya.

"Saya cadangkan dia kongsi maklumat dengan kami supaya tindakan yang dapat diambil.

"Kita tidak boleh bertindak jika kita tidak mempunyai maklumat mengenai rahsia Kevin,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya, enggan mendedahkan maklumat adalah juga satu perbuatan jenayah.

"Jika dia (adik) mengetahui bahawa kesalahan tertentu berlaku tetapi enggan mendedahkannya, dia juga lakukan satu kesalahan," katanya.

Ketika ditanya sama ada polis akan merakam kenyataan daripada Charles Suresh Morais berikutan pendedahannya dalam akuan sumpah berkanun (SD), Khalid menjawab: "Ya, nampaknya, kita perlu panggil dia."

Dalam SD itu, Charles mendakwa pen drive itu dihantar kepadanya sebelum abangnya dibunuh.

"Ia kini selamat di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya berhubung akuan sumpah berkanun ini.

"Kandungan pen drive itu dengan jelas dan tanpa ragu-ragu mendedahkan bahawa Kevin telah diarahkan melakukan sesuatu sebelum kematiannya yang dikaitkan dengan seseorang personaliti yang berkuasa di Malaysia," kata Charles dalam akuan sumpah itu.

Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar, di pejabat peguamnya di Kuala Lumpur Charles ditanya mengapa beliau tidak menyerahkan pen drive itu sebagai bukti kepada pihak polis untuk menyiasat pembunuhan Kevin.

Beliau bagaimanapun hanya mengulangi bahawa pen drive selamat di Amerika Syarikat dengan arahan supaya maklumatnya didedahkan jika berlaku kejadian tidak diingini ke batasnya.

Ditanya bagaimana sekiranya polis menuntut untuk mendapatkan pen drive itu, beliau berkata, "Pihak polis boleh mahu banyak perkara. Saya ingin tahu siapa yang membunuh abang saya."

Charles, yang menetap di Amerika Syarikat sejak 1984 juga mendakwa Kevin pernah menyebut kepadanya bahawa beliau sedang mengendalikan kertas pertuduhan yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

[Baca berita penuh]