Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lelaki Bangladesh terjun sungai elak ditahan imigresen
Diterbitkan:  Nov 27, 2015 3:50 PM
Dikemaskini: 7:53 AM

Seorang lelaki warga Bangladesh sanggup terjun ke dalam sungai bagi mengelak ditahan Imigresennegeri, semalam.

Pengarah Imigresen Kedah Mohamad Yusri Hashim berkata dalam 'Ops Sapu' yang dijalankan pada 4.30 petang itu, pemeriksaan dijalankan di sebuah pusat kitar semula di Alor Mengkudu, Alor Setar dan sebuah kediaman di Mukim Jeneri, Sik.

Lelaki berusia 36 tahun yang bekerja di pusat kitar semula itu bagaimanapun berjaya diberkas selepas gagal berenang melintasi sungai kerana arus deras, katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebanyak 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) terdiri daripada 18 lelaki Bangladesh, Nepal (6) dan tiga lelaki dan serta dua wanita warga Kemboja berumur antara 22 hingga 51 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan dalam ops berkenaan.

Semua PATI ditahan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik.

- Bernama

Lihat Komen
ADS