Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menantu Najib tuntut bukti dakwaan dapat kontrak dari PM
Diterbitkan:  Nov 27, 2015 8:00 PM
Dikemaskini: 12:07 PM

Daniyar Kesikbayev, menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, menuntut bukti terhadap dakwaan beliau menerima satu kontrak pengubahsuaian dari perdana menteri.

Daniyar membuat tuntutan itu melalui peguamnya selepas mereka membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang pertama membuat dakwaan tersebut.

"Anak guam saya mencabar supaya Mohd Ariff Sabri mengemukakan bukti di mana beliau telah mendakwa "the deal is inked" oleh perdana menteri.

"Beliau (Mohd Ariff) juga diminta supaya menyatakan di mana beliau memperolehi maklumat ini.

"Mohd Ariff Sabri bukan sekadar memfitnah anak guam saya, tetapi juga telah memfitnah perdana menteri Malaysia di dalam penulisan blognya," kata peguam Noorhajran Mohd Noor.

Artikel Mohd Ariff yang bertajuk 'Faulty reward system and changeable governments" bertarikh 24 November mendakwa sebuah bangunan di New York, yang menempatkan wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, akan menjalani kerja-kerja pengubahsuaian.

Buat masa ini, Daniyar mendakwa fitnah jenayah terhadap Mohd Ariff melalui laporan polis yang telah dibuat di Ibupejabat Polis Dang Wangi tengah hari tadi.

Noorhajran berkata kandungan blog itu bertujuan untuk merosak serta merendahkan reputasi beliau sebagai menantu Najib dan juga memfitnah Najib.

Tambahan pula, Noorhajran berkata posting dalam blog Mohd Ariff, Sakmongkol AK47, telah diterbitkan semula di Malaysia Chronicles dengan tajuk yang berbeza yang mengaitkan anak guamnya dengan jutawan kontroversi Jho Low.

Tajuk baru berbunyi: Son-in-law daniyar to be new Jho Low: Disquiet over contract to renovate gov't office in New York".

"Kesan daripada penulisan dan dakwaan palsu dan fitnah yang telah dibuat di blog Sakmongkol Ak47, seterus telah menyebabkan tajuk di dalam portal yang telah terkesan dengan penulisan palsu itu membawa berita anak guam saya sebagai Jho Low yang baru kepada perdana menteri.

"Kenyataan yang palsu serta fitnah Mohd Ariff Sabri secara terang terangan telah mengakibatkan pandangan serong pihak ketiga terhadap anak guam saya dan merosakkan reputasi beliau di dalam masa kurang 24 jam," kata peguam itu.

Noorhajran membaca dari satu kenyataan dan enggan untuk menjawab soalan daripada wartawan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS