Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azizah: Ambil foto bukan pengkhianatan, berbanding jualan aset 1MDB

Mengambil gambar tidak boleh dianggap satu pengkhianatan berbanding dengan penjualan aset penjana tenaga 1MDB, Edra Global Energy Bhd kepada General Nuclear Power Corporation (CGN) dari China, kata Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail.

“Malang sekali, akibat angkara 1MDB, kita menyaksikan bagaimana aset-aset jana elektrik telah pun dijual kepada sebuah syarikat China," katanya sambil mendakwa bahawa syarikat tempatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak diberi peluang untuk membelinya.

“Ini adalah satu pengkianatan. Bukan ambil gambar dengan sesiapa itu yang dia kata pengkhianat," katanya dalam ucapan pembukaan Kongres Nasional Tahunan PKR ke-11 hari ini.

Walaupun beliau tidak menyebut anak perempuannya yang juga naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, beliau merujuk kepada siasatan terhadap ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang bergambar dengan Puteri Sulu Jacel Kiram.

Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai telah memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang didakwa mengaitkan beliau dengan perbuatan khianat kepada negara ekoran pertemuannya dengan Jacel.

Gambar pertemuan Nurul Izzah itu tersebar selepas Jacel memuat naik empat keping gambar bertarikh 9 November dalam akaun Facebook beliau.

Bagaimanapun, naib presiden PKR itu menyatakan kekesalannya berhubung kegusaran yang timbul akibat foto beliau bersama Jacel tersebar.

Sebelum ini, Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy menjelaskan anak syarikat agensi pelaburan itu, Edra Global Energy Bhd, menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dengan nilai RM9.83 bilion.

Lihat Komen
ADS