Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Charles Suresh Morais hari ini berkata bahawa dia tidak dibayar untuk membuat akuan berkanun (SD) berkaitan pembunuhan kejam abangnya, bekas Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais.

Charles membuat penafiannya itu sebagai respons kepada adiknya, Richard Dilaan Morais, yang semalam berkata bahawa dia tidak menolak kemungkinan insentif kewangan sebagai motif di sebalik SD Charles itu.

Charles berkata kewangannya amat kukuh dan dia tidak dibayar oleh mana-mana pihak untuk membuat SD tersebut.

Dalam e-mel eksklusif kepada Malaysiakini petang ini,Charles berkata dia menghabiskan masa selama dua bulan di Hotel Hilton di Kuala Lumpur atas perbelanjaannya sendiri untuk menunggu keputusan bedah siasat.

Richard juga berkata oleh kerana wasiat Kevin tidak menyebut nama Charles, maka ia menunjukkan bahawa apa sahaja yang Charles cakap adalah tidak ada asas.

Dalam respons beliau, Charles memberitahu Malaysiakini bahawa wasiat yang dirujuk oleh Rich ard (gambar) itu telah dibuat pada tahun 2004 dan terdapat wasiat baru yang menggantikannya.

"Sila sahkan dengan pelaksana wasiat Kevin. (Peguam saya) Americk Sidhu boleh membuktikannya," katanya.

Beliau mendakwa Richard dan peguamnya tahu mengenainya tetapi didakwanya memilih untuk menggunakan apa yang baik kepada mereka.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS