Tiada jangka masa selesaikan siasatan 1MDB, kata menteri

   

PARLIMEN l Pasukan Petugas Khas masih lagi dalam proses melengkapkan siasatan 1MDB.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata tidak ada jangka masa ditetapkan untuk penyelesaian memandangkan kes itu membabitkan ramai saksi dan dokumen yang banyak termasuk yang berada di luar negara.

"Siasatan akan selesai setelah keterangan setelah keterangan semua saksi dirakamkan dan dokumen yang berkaitan yang diperoleh," katanya.

Nancy juga memaklumkan bahawa hasil siasatan akan dikemukakan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tindakan lanjut.

Nancy berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan dari Datuk Zainudin Ismail (BN-Jelebu) yang ingin tahu perkembangan siasatan pasukan petugas khas itu.

Beliau juga ingin tahu sama ada siasatan berkenaan akan dibentangkan di Parlimen.

Pasukan Petugas Khas ditubuhkan oleh pendahulu Apandi, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Selain pejabat AG, ia juga dianggotai oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Bank Negara.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In