Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lepas 9 bulan, kes 'Cina bakar Quran’ masih tunggu arahan AG
Diterbitkan:  Nov 30, 2015 12:00 PM
Dikemaskini: 5:08 AM

PARLIMEN l Jabatan Peguam Negara (AG) masih belum bertindak walaupun selepas sembilan bulan menerima kertas siasatan polis mengenai dakwaan Ketua Wanita Umno Baling Datuk Mashitah Ibrahim kononnya masyarakat Cina membakar al-Quran dalam upacara keagamaan.

"Siasatan telah dijalankan berikutan laporan polis yang dibuat pada 5 Disember 2014 di bawah seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

"Siasatan telah lengkap dan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada 5 Februari 2015dan menunggu arahan selanjutnya," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri.

Mashitah boleh dikenakan hukuman maksimum dua tahun hukuman penjara dan denda jika didapati bersalah.

Zahid berkata demikian sebagai menjawab soalan Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar) dalam jawapan bertulis parlimen pada Khamis lalu.

Gooi dalam soalannya meminta menteri menyatakan apakah keputusan tindakan berlanjutan yang telah diambil oleh pejabat Peguam Negara ke atas kertas siasatan polis yang telah diserahkan kepadanya terhadap kenyataan Mashitah itu.

Pada 26 November 2014, Malaysiakini melaporkan Mashitah pada Perhimpunan Agung Umno mendakwa masyarakat Cina di Kedah membakar al-Quran dalam satu upacara sembahyang mereka.

Beliau dan beberapa perwakilan pada perhimpunan itu menggesa anggota Wanita Umno dan umat Islam tidak menjadi 'majoriti senyap' apabila kewibawaan Islam tercabar.

Beliau mengaku dimaklumkan bahawa terdapat orang bukan Islam di sebuah negeri di utara membakar helaian al-Quran pada waktu sembahyang.

Zahid juga berkata pihak polis memandang serius perkara yang ditakrif sebagai menghasut terutamanya melibatkan sensitiviti perkauman dan agama.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS