PAC soal bekas CEO 1MDB kali kedua

Zikri Kamarulzaman        

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini menyoal bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi untuk kali kedua, sebagai sebahagian daripada siasatan.

Soal-siasat itu bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada 1 petang.

Ketika ditemui pemberita selepas pertemuannya dengan PAC, Shahrol berkata semuanya berjalan dengan lancar.

"Kami gembira menjawap dan kami rasa kami telah memberikan jawapan yang panjang.

"Kami harap untuk terus bekerjasama," kata Shahrol.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan soalan yang ditanya dan dokumen yang dibekalkannya pada hari ini.

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin pada minggu lalu, berkata Shahrol pada Khamis ditanya mengenai pentadbiran 1MDB yang bermula sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) pada tahun 2009 sehingga bertukar menjadi 1MDB pada September 2009.

PAC juga mendengar penjelasan Shahrol ini mengenai dasar usaha sama 1MDB-PetroSaudi.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In