Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAC terima laporan akhir audit 1MDB pada 17 Disember
Diterbitkan:  Nov 30, 2015 5:00 PM
Dikemaskini: 10:57 AM

Laporan Ketua Audit Negara mengenai ke atas 1MDB akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira pada 17 Disember ini.

“Laporan awal terhadap 1MDB dan penerangan daripada Ketua Audit Negara juga telah disampaikan.

“PAC dimaklumkan bahawa Laporan Akhir Ketua Audit Negara terhadap 1MDB akan siap dan diserahkan kepada PAC untuk dibentangkan dijangka pada 17 Disember,” kata pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, menurut Hasan, PAC memutuskan akan mendengar keterangan daripada Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin selepas jawatankuasa itu meneliti Laporan Akhir Ketua Audit Negara itu.

"Keutamaan jawatankuasa ini adalah untuk menjalankan siasatan yang adil dan menyeluruh ke atas 1MDB dan laporan lengkap berhubung siasatan ini disasarkan untuk siap pada Mac 2016," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS