Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Lebih ramai ahli Umno dihadap ke Lembaga Displin'
Diterbitkan:  Dec 1, 2015 11:41 AM
Dikemaskini: 3:45 AM

Lebih ramai individu melibatkan anggota dan ketua cawangan Umno bakal dihadap ke Lembaga Disiplin parti kerana tindak tanduk mereka yang tidak mengikut peraturan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurutnya tindakan displin bukan sahaja dikenakan terhadap tujuh pemimpin yang dikaitkan sebelum ini tetapi lebih ramai termasuk ketua cawangan yang tidak berdisplin dalam mengeluarkan media, lapor Sinar Harian hari ini.

"Bukan tujuh itu saja, ada ramai lagi akan dibawa ke Lembaga Displin lepas ini. Ada juga ktua-ketua cawangan yang akan diapnggil keran tidak mempunyai displin dalam parti," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Tengku Adnan sebelum ini dilaporkan berkata tujuh pemimpin Umno sedang disiasat berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti dan mungkin berdepan tindakan digantung parti dan digugurkan daripada jawatan.

Beberapa pemimpin Umno dilihat lantang terhadap pentadbiran Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mungkin mengisi senarai itu.

Mereka mungkin antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Akhbar itu hari ini juga menyebut, Tengku Adnan berkata tindakan beberapa ketua cawangan yang mendesak Najib untuk meletak jawatan disifatkan sebagai "suara individu dan tidak melibatkan parti".

"Kalau ikut perlembagaan, keputusan untuk menolak presiden seharusnya melalui mesyuarat cawangan dan ia mesti dihadiri oleh dua pertiga ahli jawatankuasa cawangan.

"Sekiranya usul berkenaan diluluskan, ia akan dibawa balik ke bahagian dan pihak berkenaan akan menentukan sebarang keputusan.

"Selepas itu, tiap-tiap bahagian akan hantar laporan berkenaan ke ibu pejabat. Namun lepas kita buat semakan sebelum ini, tak ada pun mana-mana cawangan yang menghantar usul atau laporan,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Lihat Komen
ADS